Wednesday, December 19, 2018

Canon EOS

Canon EOS (singkatan bagi Electro-Optical System) adalah sistem kamera SLR daripada Canon yang menggunakan autofokus. Ia diperkenalkan dengan EOS 650, kamera SLR filem 35 mm pada tahun 1987. Sistem ini juga masih digunakan kamera SLR digital kini dan juga EOS M. EOS dipilih daripada nama salah satu dewa dari mitologi Yunani yang bernama Eos, dewi fajar.
Nadi kepada sistem ini adalah cagak kanta EF.

Pada tahun 1985, syarikat Minolta (kini Konica Minolta Holdings) telah memperkenalkan sistem autofokus kamera SLR, "α-System" yang telah memberi kejutan kepada dunia kamera SLR. Pada waktu itu, Canon memperkenalkan kamera T80 yang mempunyai autofokus dengan 3 kanta cagak FD. Walaubagaimanapun, sistem autofokus Canon pada masa itu bersifat eksperimen dan hasilnya amat tidak memuaskan menyebabkan jualan kameranya itu tidak memberangsangkan. Berikutan itu, Canon mula serius dalam kamera autofokus dan memperkenalkan siri EOS pada tahun 1987.

No comments:

Post a Comment